Senang² je nak anugerahkan title.

Aku tau cite ni maybe dah lapuk tapi aku tak kisah,aku nak tulis jugak. Sebenarnya aku betul² tidak berpuas hati dengan gelaran yang di berikan kepada Shah Berukh Khan. Tapi apa boleh aku buat kan. Sebenarnya apa sangat lah jasa yang dia sumbangkan kat negara ni? Apa yang sampai Yang Dipertua Negeri Melaka nak bagi sangat kat org tua tu? Nak kata kan dia promote Melaka? Menaikkan nama Malaysia? I dont think so. Hey common la... Apa...? Dah tak ada orang kat Malaysia ni yang berjasa lagi ke? Hantu betul. Orang² sana ada nak bagi penghargaan kat orang Malaysia macam tu? Aku rasa takde kot. Tapi kita ni yang bangga² kan sangat orang kat sana. Aku bukan Racist atau apa² pun tapi macam tak patut la bagi title tu. Even semua rakyat tak bersetuju tapi title tu tetap di anugerahkan jugak. Yang bini dia tu pun satu,asal minat je nak anugerahkan Shah Berukh Khan tu title tu. Kalau macam tu kalau kau suka "porn star" tahap to the max, maknanya kau pun nak anugerahkan title macam tu jugak la? *Sigh*

Kenapa la negara kita ni macam senang² sangat nak bagi title macam tu kat org? Orang tu baru buat benda sikit² je dah dapat Dato' la, Tan Sri la apo la... Contoh nya macam artis² kita ni,baru je buat persembahan kat luar sikit dah dapat jadi Dato'. Aku rasa takde lah sehebat mana sangat dorg pun sampai kerajaan nak bagi title² mcm tu. Aku cakap ni bukan la aku jeles ke apa ke... Tapi aku rasa macam tak sepadan la jasa mereka tu sampai nak anugerahkan title yang macam tu. Kalau ye pun dorg tu mengharum kan nama negara,tak kan la baru jasa sebesar zarah tu pun sampai nak bg dato' kot.

Lagi satu,kadang² macam orang² yang dah meninggal baru nak dapat title macam tu. Konon nak menghormati & mengenangkan jasa yang mereka buat la tu. Orang yang dah meninggal tak perlukan semua tu. Yang penting korang doa kan la mereka tu tak pun sedekah kan la Al-Fatihah banyak². Kenapa masa mereka hidup lagi seorang pun tak sedar apa jasa yang dah mereka buat? kenapa? kenapa? kenapa?

Kalau macam tu aku pun boleh dapat dato' la sebab aku menang final project dulu. Tu kira berjasa jugak tu. Kenapa aku tak dapat? Lagi satu,tak ada sesiapa ke nak bagi title sebegitu kepada Sufiah Yusof kerana telah mengharumkan nama negara kita ni?

Thanks for today.

1 comments:

cinta said...

itulah dunia politik artis.
nak taknak semuanya macamtu.
kira dah rezekilah kalau dpt title Dato' walau siapapun kan?

Dah orang bagi, Siapa yang xnak?
Hehe~

Post a Comment